Tampilkan postingan dengan label Koleksi Senjata Antik Berharga dan bernilai tinggi serta Mistik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Koleksi Senjata Antik Berharga dan bernilai tinggi serta Mistik. Tampilkan semua postingan

Jumat, 04 Mei 2012

Upload Paling Terbaru utk Keris Semenanjung Luk 11










 

Inilah Wajah Terkini utk keris Melayu Semenanjung Luk 11

Berpakaian Hulu Gading Gajah Patah 3 Bugis, Pendokok Perak Antik dan sarung bugis antik

Maka dipanggil 

Keris Melayu Bugis Semenanjung Antik

Kamis, 03 Mei 2012

Upload Terbaru : 03 May 2012 , Keris Melayu Semenanjung Luk 11 berusia 300 tahun keatas







 

As Salam , ini adalah paparan terbaru dari Kami di Antique Maniac, Sebilah keris Melayu Semenanjung luk 11 yg masih dalam wajah asalnya berkarat yg amat tebal sekali, memerlukan rendaman cucian yg lama utk menanggalkan karatnya, keris ini secara fizikalnya masih utuh dan tegap serta tidak cacat.

Mata bilahnya tebal dan padu sekali, berpamur yg menarik sekali jika dicuci.

kami berpendapat bilah ini tidak perlu dicuci dahulu memandangkan amanat tuan barangnya dan beberapa kisah misteri berkaitan keris ini, dikatakan oleh tuan asalnya seorang guru agama kampung bahawa keris ini berasal dari dunia bunian , hanya mata bilah diperolehi.

Kami akan menghiasnya dgn pakaian yg indah , nantikan upload diakan datang insyaallah.

Sekian wasalam

Selasa, 10 April 2012

Keris Lama Luk 9 berabjad/kalimah , Very rare species








 

Inilah Wajah terbaru keris Abjad / Kalimah milik saya yg sudah di pulihara sepenuhnya.
Nampak gagah dan indah berhiaskan hulu gading ukir
Apa yg penting ialah Hikmat pada mata bilahnya

Nilaian Amat Tinggi

Jumat, 06 April 2012

Kod Item : AMW/0011/2012 - Badik Tumbuk Lada Semenanjung

 

Nama : Badik Tumbuk Lada Semenanjung
Ukuran : 11 inci keseluruhan
Gading dan Kayu
Besi Sebatang
Lurus Melengkung
Usia 200 Tahun
Berkhadam dan Aura Perubatan serta Pelaris

Nilaian Amat Tinggi


Selasa, 13 Maret 2012

Keris Melayu Bugis Antik Terengganu Luk 11








 
Keris Melayu Bugis Antik Terengganu Luk 11

RM 2,500

Pakaian Keris Asli tua dan lama
Besi Keris jenis besi putih
terdapat lubang rahsia dibawah lidah atau lambe gajah
Puting berpusar halus
Keris Berkhodam asal/saka


Rabu, 15 Februari 2012

Senjata2 pendek dan kecil tetapi amat merbahaya, kecil2 cili padi....



 
Senjata Lama yg telah berjaya di Upgrade menjadi Handsome !!!!

 ( SOLD - Telah Di Maharkan )
 ( SOLD - Telah Di Maharkan )
 ( SOLD - Telah Di Maharkan )

Jumat, 27 Januari 2012

Keris Sajen Antik yang telah dicuci sepenuhnya



























 
Keris Sajen Antik yg telah dicuci matanya , amat tua dan lama. Buatan Empu keris ditanah jawa. Sarungnya dari kayu cenggal yg baru dibuat utk melindungi mata keris yg tajam dari terkena pada kulit.

Keris Sajen ini amat sesuai digunakan sebagai azimat penindih atau penunduk keris yg degil, kerna ianya buatan tangan Empu yg awal dan mempunyai kuasa sakti utk menundukkan keris yg baharu.

Dahulu kala Sajen kebiasaanya digunakan sebagai azimat yg dikatakan mempunyai Aura Sakti kerna ia dikatakan diperbuat menggunakan jari si empunya, atau boleh dikategorikan keris yg dilurut atau dipicit dgn jari semasa membuatnya, lazimnya sajen dilebur dari bijihan besi gunung berapi , besi meteor dan kursani.

Sarung Keris diperbuat dari kayu cenggal dan jenis tebuk dari pangkal ke hujung