Tampilkan postingan dengan label Koleksi Antik Berharga dan bernilai tinggi serta Mistik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Koleksi Antik Berharga dan bernilai tinggi serta Mistik. Tampilkan semua postingan

Senin, 20 Februari 2012

Sekadar utk tatapan sahaja, buatan tangan Empu













 

Buatan Mpu Paku Rodji , pewaris trah Mpu Mageti keempat, susur galur dari mpu ki supo driyo

Mata bilah ditiup mengeluarkan bunyi berdesing yg kuat

( Not For Sale )

Senin, 13 Februari 2012

Senjata pemati ilmu kebal , Badik sengat pari , Rare species









 
Species ( RRRRR) dan jarang2 ditemui ,jika dilihat pada sengatnya maka saiz ikan pari ini agak besar juga kira2 lima atau enam kaki lebar parinya dan sengatnya amat tua, mungkin juga ia pernah digunakan dizaman dahulu utk perubatan atau mematikan ilmu kebal musuh. Lazimnya mata senjata ini akan patah dan tertinggal didalam perut musuh maka menjalarlah bisanya keseluruh tubuh musuh, betapa pedih dan sakitnya..... hanya tuhan yg tahu....

Sengat pari ini bergigi tajam, jika tergesel pada kulit maka gerenti rabak kulit dibuatnya apa lagi kalau terperosok dalam perut maka terburai isi perut dibuatnya.

Khasiatnya amat banyak jika dibuat kajian , salah satunya ia digeruni binatang buas jika kita membawanya ke dalam hutan dan juga ditakuti haiwan2 buas dilautan.

Jika barang ini diisi maka sudah tentulah ia mempunyai "power" yg menarik.

Spesies badik sengat pari ini lazimnya tidak bersarung dan hanya dibalut dgn kain, kerna dikuatiri durinya menyangkut sarung , tetapi jika kena dgn sarung sesuai boleh juga.

Ia adalah antara species yg amat sukar sekali ditemui lebih2 lg jenis badik seperti ini lama dan tua. Jarang2 collector senjata memilikinya. Antara collector keris yg ada memilikinya ialah Saudara Cikgu Nasir di kelantan.


( Species RRRRR )

 ( SOLD - Telah Di Maharkan )
 ( SOLD - Telah Di Maharkan )
 ( SOLD - Telah Di Maharkan )

Senin, 06 Februari 2012

Keris Anak Alang Guling Minang berdiri tanpa sarung



 
Dengan sedikit kemahiran yg ada, sy mampu dirikan keris anak alang guling ini tanpa gunakan sarung selama 3 jam diatas lantai marmar yg licin, teknik imbangan utk keris2 lama sahaja yg dibuat tepat imbangannya.

Bukan mudah nak dirikan mcm nie , tanpa sarung gerenti jatuh tergolek atas lantai punya...... selalunya keris didirikan mengunakan sarungnya.

Rabu, 18 Januari 2012

Keris Tiga Dlm Satu Antik dan Amat tua sekali

















 
Keris ini dipanggil ( 3 dalam 1 ) kerna terdapat 3 ciri2 padanya, ia memiliki ciri2 keris Jawa, Bugis dan Sumatera.

Semasa diperolehi keris ini mempunyai sampir sahaja dan tiada memiliki batang sarung, barangkali sudah hancur atau hilang dimakan usia.

Sampir pada sarung keris ini adalah asal miliknya, perhatikan antara foto diatas , ganja keris itu adalah tepat pada lubang sampirnya.

Yg dimaksudkan dgn 3 dlm 1 itu ialah , Mata keris ini memiliki ciri2 keris jawa dan ada juga ciri2 bugis.
 Kemudian sampirnya pula memiliki ciri2 sumatera.

Terdapat kepingan logam emas diganjanya, seperti kinatah emas lagaknya.