Keris Tamingsari
Keris Tamingsari bukan berasal dari Tanah Melayu semenanjung, mengikut catatat sejarah dlm Hikayat Hang Tuah ada dikisahkan tentang pertarungan antara Laksamana Tun Tuah dan Perajurit Tua Majapahit bernama Tamingsari, bermaksud Tamingsari itu adalah nama seorang Perajurit Tua Kerajaan Majapahit.
Jadi Apakah nama atau panggilan sebenar Keris yg diguna oleh Perajurit Tamingsari ini ???
Mengikut pada bentuk bilah keris yg dikatakan Tamingsari seperti foto diatas , amat jelas sekali bilah keris itu bukan buatan semenanjung dan lebih mirip kepada Bilah Jawa dgn Dapur yg dipanggil Segara Winotan atau Mahesa Nempuh bg yg berluk 3 , manakala yg berluk 3 dipangkal digelar keris jangkung , akan tetapi bilah ini amat unik kerna terdapat luk dipangkal sebanyak 3 luk dan kemudian bilahnya lurus memanjang ditengah maka penutupnya dihujung berlok rahsia sekitar 2 luk jika dikira dari hujung, bermaksud jika dijumlahkan luknya semua menjadi luk 5 keseluruhannya.
Jelasnya lg keris ini mempunyai ganjar yg melentur atau digelar Ganjar Belut / Lintah , maka disemenanjung dipanggil Ganjar wilut / belut . Akan tetapi pada bahagian tengah bilah ini mirip kepada keris yg dibuat di Patani yg dipanggil Keris Pandai Saras , perbezaan hanya dipangkal atau dapurnya yg mirip kepada keris Jenis Malela pula jika disemenanjung.
Amat sukar utk mentafsirkan Bilah seperti foto diatas kerna terdapat berbagai gabungan dan keunikkan tersendiri. yg pastinya bilah ini adalah keris jenis tempur atau utk pertarungan.
Bagi yang menilai keris melalui kelaziman atau jarang ditemui pula , maka pendapat seperti keris ini milik Raja adalah tepat sekali, kerna bilah keris Raja adalah berlainan sifatnya dari keris org bawahan raja. Keris Raja biasanya ditempa atas arahan Raja dan mempunyai sbb tersendiri penghasilannya.
Berkenaan Hulu keris ini pula ia lebih kepada ciri2 Jawa Bali atau pun Palembang Di Sumatera, pengaruh hulu tersebut bermotifkan Jagung atau pun Buah nenas bukan ciri2 hulu yg terdapat disemenanjung. Manakala Sarung keris ini pula lebih mirip kepada Sarung Keris dari Sumatera dibahagian sampirnya , pendekatan sampir Minangkabau adalah amat tepat . Bahagian batang sarung dan buntut sarung pula lebih kepada ciri2 keris bugis yg bermotifkan buntut kapak . Akan tetapi gabungan sarung tersebut menjurus kepada bentuk Sumatera.
Jadi Harus apakah digelarkan Keris ini kerna gabungan keseluruhannya sungguh Unik dan bercirikan gabungan dari Jawa, Sumatera, Patani , Bugis dan semenanjung, kesemuanya terdapat dlm sebilah keris ini.
Pakaian keris ini dibuat menggunakan emas jelas membuktikan bahawa keris ini milik Raja dan bukan milik org bawahan Raja.
Maka siapakah sebenarnya Laksmana Tun Tuah yg dikatakan pemilik Keris ini selepas Perajurit Tamingsari kerna dari penelitian ini jelasnya pakaian keris itu dibuat kemudian , adalah mustahil bg sebilah keris jawa mengenakan pakaian seperti itu melainkan hulunya sahaja.
Adakah pakaian keris seperti diatas dipakai oleh laksmana Tun Tuah ??? Adakah Hang Tuah seorang Laksmana ataupun Raja ???
Mungkin juga kerana terlalu sayangkan Laksmananya maka keris itu di berikan pakaian sedemikian rupa, atau keris itu adalah Lambang sesebuah Kerajaan , yg pastinya keris ini bukan milik org biasa dan lebih kepada keris Raja.